Lihat juga
Menurut pada prinsip yang menjadi dasar penyelidikan pasaran, ia boleh menjadi sama ada teknikal atau fundamental. Konsep analisis teknikal adalah merupakan analisis yang berdasarkan pada kenyataan hubungan di antara permintaan dan bekalan yang dinyatakan pada carta harga dan mematuhi peraturan matematik. Bagi analisis fundamental pula, ia adalah berdasarkan pada perubahan pasaran yang disebabkan oleh faktor politik, ekonomi mahupun kewangan.
Harus diingatkan bahawa, analisis fundamental akan menilai maklumat dari segi ekonomi, kewangan dan politik, sama ada secara langsung atau tidak langsung yang mana ia adalah berpotensi untuk mempengaruhi perkembangan harga pasaran; terutamanya, petunjuk utama ekonomi dunia yang boleh memberi kesan ke atas kadar mata wang utama. KNK, KDNK, kadar inflasi, kadar pengangguran, IHP dan indeks IHPR, komoditi dan indeks harga industri, imbangan dagangan dan imbangan pembayaran adalah petunjuk yang paling utama.
KDNK adalah merupakan petunjuk utama keadaan ekonomi negara yang merangkumi ciri-ciri kadar penggunaan, pelaburan, perbelanjaan kerajaan, eksport dan import. KDNK adalah berkadar terus dengan kadar pertukaran: Apabila tahap kDNK dilaporkan tinggi maka ini akan menunjukkan bahawa keadaan ekonomi dan aliran masuk pelaburan asing adalah baik, yang mana ia seterusya akan meningkatkan kadar permintaan untuk mata wang negara. Pertumbuhan KDNK yang berterusan boleh menurunkan inflasi ke tahap yang lebih rendah sebagaimana kenaikan kadar faedah telah digunakan, hasilnya permintaan untuk mata wang akan berkembang.
Kadar pengangguran menunjukkan nisbah diantara populasi pekerja dan penganggur, idealnya tidak boleh melebihi skala 6%. Peningkatan tahap pengangguran akan memberi kesan negatif pada kadar mata wang - membawa kepada kemerosotan mata wang. Inflasi mempunyai kesan yang sama pada kadar mata wang dan ia boleh diukur berdasarkan pada kadar pertumbuhan harga. Berikut adalah inflasi dan petunjuk pengangguran yang terdapay di dalam nisbah songsang.
Analisis ini juga meliputi peristiwa penting, dasar polisi utama pelbagai negara : pilihanraya, reformasi ekonomi, Perjanjian pengambil alihan antarabangsa dan lain-lain. Faktor kewangan utama dianggap sebagai kadar faedah utama bank pusat oleh penganalisis sebagaimana ia akan menentukan jumlah keuntungan pelaburan dalam sesebuah ekonomi negara.Peningkatan pada petunjuk ini akan menghasilkan suasana yang menggalakkan bagi pertumbuhan matawang nasional.
Selain itu, kadar mata wang negara juga berpotensi untuk dipengaruhi oleh bencana alam, serangan pengganas, kecemasan dan lain-lain situasi yang memaksa.
Analisis fundamental, mengambil kira kesukaran menilai beberapa petunjuk di negara-negara yang berbeza, dijalankan secara profesional oleh pakar yang diiktiraf.